Tuesday 2 July 2013

INFO : TIBI / BATUK KERING


 Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di antara tahun 1945 hingga 1957. Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital dipenuhi oleh pesakit berkenaan.
Paling tak sangka mengikut Graf dari kementerian kesihatan tahun 2012, jumlah pesakit TIBI semakin meningkat.

Apakah gejala-gejala tibi?
• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
• Kahak berdarah
• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
• Hilang selera makan
• Berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan.

Langkah pencegahan tibi
• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan
• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar( kini tak kira apa taraf anda juga berisiko)
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua.

Tip umum
• Sekiranya anda pesakit tibi yang sedang menjalani rawatan, anda hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
• Rehat secukupnya
• Makan makanan seimbang
• Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman-kuman tibi pada sepanjang masa.
• Jangan biarkan diri dikuasai oleh rokok kerana ia hanya memburukkan keadaan
• Banyakkan bersenam
• Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yang sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak.
• Biarkan cahaya matahari memasuki rumah anda dengan banyaknya kerana ia berupaya membunuh kuman tibi yang terapung-apung di udara dan berselindung di sudut-sudut rumah.
• Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yang sempit.
.Jauhi tempat yg sesak seperti pasar malam, shopping kompleks & sebagainya terutama Anak kecil & jika imun rendah.

==> Yang penting jika imun body kita kuat insyaAllah penyakit susah hinggap di badan.
Amalkan jus Qaseh & Mineral SOLE untuk kekal sihat & Cergas!
Ingat Sihat itu JIHAD kerana Syaitan suka jika umat Muhammad sakit, maka ibadat kita pun Akan terjejas.


 hubungi kami : 
FB : http://www.facebook.com/qasehshahmina
email : qasehshahmina@yahoo.com / qasehshahmina85@gmail.com
sms/whatsApp : 010-282 9486
COD Area : Sepang,Sg.Pelek,Salak,Nilai,Enste

                   Mentakab,Temerloh,Lanchang,Karak (Pahang)

No comments:

Post a Comment